NARATHIWAT: Polis Thailand memohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan dua pemilik gudang penyimpanan mercun dan bunga api yang meletup dalam satu kejadian di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat, yang dipercayai telah melarikan diri ke Malaysia.
Timbalan Ketua Polis Thailand Lt Jen Surachate Hakpar berkata polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua individu warga Thailand itu, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita berusia 42 tahun.
"Kami akan menghubungi Polis Diraja Malaysia untuk membantu mengesan kedua-dua pemilik gudang ini," katanya.
Seramai 12 orang maut, manakala 300 cedera dalam insiden letupan di gudang penyimpanan mercun dan bunga api berkenaan pada 29 Julai lepas.
Sehingga kini, sembilan mangsa telah dikebumikan, manakala tiga lagi masih menunggu laporan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Statistik Pejabat Wilayah Narathiwat menunjukkan 681 premis termasuk rumah, kedai dan sekolah musnah dan mengalami kerosakan dalam insiden pada 3.05 petang (waktu tempatan).
Selain itu, 41 kenderaan dan 27 buah motosikal turut musnah dan lebih 3,000 penduduk dari 681 keluarga terjejas.
Sementara itu, Ketua Polis Narathiwat Mej Jen Anuruth Imarb berkata kedua-dua pemilik gudang sebelum ini telah memaklumkan kepada polis akan menyerah diri pada 1 Ogos, namun gagal berbuat demikian sebelum waran tangkap dikeluarkan terhadap mereka.
Kedua-dua pemilik gudang itu menuju ke Hatyai pada 27 Julai lepas dan dilaporkan memasuki Malaysia melalui pintu sempadan Sadao-Bukit Kayu Hitam dua hari kemudian iaitu pada hari kejadian (29 Julai).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Seramai 12 orang maut, manakala 300 cedera dalam insiden letupan di gudang penyimpanan mercun dan bunga api berkenaan pada 29 Julai lepas.- Gambar fail/REUTERS
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
Polis Thailand mohon bantuan PDRM kesan pemilik gudang mercun
Polis Thailand memohon bantuan PDRM untuk mengesan dua pemilik gudang penyimpanan mercun dan bunga api yang meletup dalam satu kejadian di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat.